Mendengar lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan kita pada saat itu tidak dapat menterjemahkannya. Terserah bagaimana perasaan kita ketika itu. Sama ada bahagia, kecewa, sedih mahupun gembira. Tidak kiralah dari apa jenis genre sekalipun.
Apa perasaan seseorang yang sedang dalam mengHARAP? Apa yang sedang diHARAPkan? Berapa peratus kebarangkalian pengHARAPan itu hendak tercapai?
Sukar untuk menjawab persoalan hati. Barang kali bagi seorang ibu/ayah amat mengharapkan anak-anaknya sentiasa berada di sisi mereka. Berlainan pula dengan harapan seorang muda dewasa yang mengharapkan dapat belajar dan merasai hidup berdikari. Harapan seorang isteri adalah kesetiaan dan cinta seorang suami dan sebaliknya. Harapan seorang ketua ialah mengharapkan kerjasama dari orang bawahannya. Harapan seorang pekerja ialah upah yang banyak dan kerja yang santai. Walau di mana pun letaknya kita pengharapan tidak pernah merenggang dari keinginan.
Namun sejauh mana pengharapan itu dari kedudukan kita? Adakah terlalu jauh? Yang mustahil untuk kita capai. Adakah harapan itu sudah bergerak menghampiri kita? Yang memungkinkan kita mencapainya namun memerlukan sedikit mujahadah dan kesabaran. Ataukah harapan itu berada di samping kita namun kita tidak mengindahkannya. Apa tindakan pengHARAP?
Tetapi malangnya sebahagiannya hanya mahu terus mengharap dengan terus menyorokkannya jauh di lipatan perasaan yang seterusnya menyesakkan jiwa. Ya Allah. Bantulah hamba-hambaMU yang sedang mengharap ini. Sekiranya harapan itu baik padaMU kau permudahkanlah dan kau rahmatilah kami.
No comments:
Post a Comment