Serabut bila lihat pusuan orang yang berculang caling membawa urusan masing-masing. Setiap hari malah di mana-mana sahaja. Memangnya manusia diutus ke muka bumi sebagai pengurus. Semua ada urusan yang perlu dibereskan. Namun bagaimana komitmen kita dan disiplin kita menentukan mutu dan hasilnya.
Saya melihat emak yang kian uzur. Begitu juga abah. Itulah aturan kehidupan. Saya juga akan menjalani proses yang sama. Sama ada sempat atau tidak itu juga aturan kehidupan dari Allah yang pasti tiada siapa mampu lari. Bidalan “seorang emak/ayah mampu menjaga 10 anak tetapi sepuluh anak belum tentu dapat membela seorang emak/ayah”
Seorang emak/ayah bermula dari seorang anak. Apabila berkahwin, mempunyai anak mereka berubah status menjadi orang tua sebagai pelindung dan pengemudi. Ibu bapa memegang amanah dalam memberi pendidikan dan ajaran yang sempurna kepada anak-anak agar menjadi orang yang berguna. Dalam proses ini pelbagai cabaran dan rintangan membentang. Ada di antaranya berjaya, ada juga yang kurang berjaya. Terserah persepsi kejayaan ditafsir dari asper dan sudut yang mana.
Aturan kehidupan terus berjalan tanpa henti. Tiada kuasa yang mampu menghentikannya kecuali Allah. Apabila anak sudah dewasa, Berjaya malah mampu berdikari seterusnya mereka membina keluarga baru dan mempunyai tanggungjaab baru. Bukan niat saya ingin mengatakan seperti kacang lupakan kulit. Secara fitrahnya hubungan dan aturan ini dicipta ada hikmahnya. Namun sesekali saya terfikir apakah berbaloi pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak yang akhirnya mencurahkan komitmen kepada sesuatu yang baru iaitu keluarga baru.
Dalam Islam itulah yang dinamakan keikhlasan. Bukan semata-mata melakukan sesuatu untuk mendapatkan imbuhan yang nyata. Kehidupan umat Islam bukan hanya hidup di dunia tetapi kehidupan yang pasti dan tiada mati adalah di akhirat.
Hubungan antara ibu bapa dan anak adalah hubungan yang paling istimewa. Allah menghargai ibu bapa dengan melarang anak-anak mengherdik walaupun berkata uff. Namun naluri ibu bapa tetap memaafkan anak-anak dalam mengkoreksi kualiti produktiviti mendidik sebelumnya.
Ironisnya, walau di pihak manapun kita berada berpegang teguhlah dengan syariat Islam yang sentiasa mengutamakan kasih sayang Allah terhadap hambanya. Bertuahlah menjadi umat Islam yang sentiasa dikasihi ALLAH dengan segala pantang larang yang memelihara keharmonian bukannya mengongkong dan menyeksakan. Syariat ini terlalu sempurna milik YANG MAHA SEMPURNA
No comments:
Post a Comment