Mungkin Hari Anugerah Cemerlang ini program terakhir sebelum saya meninggalkan SRAR al Aziziah. Selepas ini saya pun tidak pasti di mana kedudukan saya. Di mana perjalanan saya, siapa yang berada di sekeliling saya. Semuanya menjadi persoalan yang amat mendebarkan.
Bercakap memang senang. Tetapi bercakap di hadapaan hadirin yang ramai memang sukar. Segalanya bergetar. Dari jiwa, terus ke lidah dan bibir. Kaku. Saya ketawa di dalam hati. Apa sudah jadi pada diri saya. Ternyata terlalu tumpul setelah sekian lama. Saya tidak boleh menghalang penilaian mereka terhadap saya.
Terharu sungguh dijenguk permata-permata jiwa lewat perpisahan lalu. Damainya. Gembira dapat meraikan kejayaan mereka walaupun tak seberapa. Saya tahu mereka mencuba sedaya upaya. Saya juga pernah melalui angka usia seperti mereka.
Hari ini menjadi sebahagian dari sejarah. Esok yang bakal menyusul entah bagaimana. Adakah lebih baik Alhamdulillah, atau sama sahaja dengan mengulangi kesilapan yang sama, ataukah lebih teruk dari sebelumnya nauzubillah.
No comments:
Post a Comment