Thursday, February 4, 2010

Perang Ahzab

Peperangan ini dinamakan Ahzab yang bermaksud bergabung iaitu gabungan beberapa kumpulan bergabung memerangi Islam di Madinah. Mereka termasuk kaum Musyrikin Mekah, Kaum Yahudi dan beberapa Qabilah Arab yang lain.

Oleh kerana jumlah tentera Islam terlalu sedikit (3000 orang) berbanding tentera musuh (10 000 orang), secara logiknya memang sukar untuk tentera Islam berjaya. Rasulullah bermesyuarat bagi membincangkan strategi bagi mengalahkan musuh. Salman Al Farisi mencadangkan supaya menggali parit di sekeliling kota Madinah bagi menghalang kemaraan tentera musuh. Peperangan ini juga dikenali sebagai Khandak, di ambil sempena parit yang menjadi benteng umat Islam zahirnya

Cadangan sahabat itu diterima. Kerja-kerja menggali dilakukan secara bergotong-royong. Semua pihak bergabung tenaga menggali parit sedalam 10 hasta, lebar 9 hasta serta panjang kira-kira 5000 hasta.

Semasa mereka sedang menggali parit, mereka berjumpa seketul batu besar. Orang ramai cuba memecahkan batu itu tetapi tidak Berjaya. Kemudian Nabi Muhammad mengambil penukul , baginda berdoa lalu menukul batu itu. Pada pukulan pertama kelihatan percikan api dan batu itu pecah separuh. Pada pukulan kedua kelihatan lagi percikan api dan batu itu pecah semuanya. Kemudian Rasulullah bersabda yang bermaksud

“Pada pukulan pertama aku melihat gedung dan istana-istana kisra di Hirah (Parsi). Pada pukulan kedua aku melihat istana-istana merah Romawi (Rom). Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka".

Hadis itu terbukti kebenarannya apabila akhirnya dua kuasa besar itu dapat dikalahkan oleh tentera Islam. Parsi dikalahkan semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar as Siddiq. Manakala Rom ditewaskan semasa pemerintahan Saidina Umar bin al Khattab

Thursday, January 21, 2010

salam

Terima kasih atas kesudian penziarah-penziarah budiman melewati blog yang sunyi lagi sepi ini. Alhamdulillah saya bahagia dengan keadaan hidup saya sekarang. Kerjaya yang tidak seberapa tetapi mulia, persatuan yang amat memerlukan khidmat masyarakat. Walaupun saya tidak sempurna tetapi saya sedia membantu dengan segala tenaga. Segala pentarbiayah saya di sana cukup membantu saya. Tidak banyak perbezaan antara saya di sini mahupun di sana. Namun kerinduan sata di bumi sana tetap menjadi mimpi-mimpi indah menemani rehat saya

Anak Lebai Salim. Saya doakan kamu berjaya dan balik ogos ni. Sama-sama kita pimpin remaja sambut merdeka cara Islam

Kak Pae. Mabruk atas kesempurnaan dalam berkeluarga. Moga lebih tabah menghadapi segala gelombang kehidupan sebagai mahasiswa dan suri

Qutuz legacy. Dah lama tak dengar cerita. Moga sihat selalu. Tugas adalah ibadah yang amat menghiburkan. Jangan tention-tention. Cepat-cepat balik Malaysia. Mak dah rindu

Monday, January 4, 2010

Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah." "Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." -TG NIK AZIZ-