Sunday, April 24, 2011

Langit di junjung



Kalaupun bumi yang dipijak adalah berlainan, dapatkah dipastikan langit yang dijunjung juga berlainan? Langit dan bumi adalah dua unsur yang sentiasa memerlukan. Begitu aturan Allah. Tapi sekiranya Allah menghendaki tidak perlu ada langit, maka ianya pasti berlaku.

Saya berpijak di bumi Putrajaya. Itu takdir yang perlu aku tempuh dalam lingkungan 2011. Saya memulakan hijrah saya di sini. Bagaimana seterusnya saya wajib redha. Ini jalan yang saya pilih. Emak dan abah dah mula memberi kelepasan kepada saya untuk membuat keputusan. Sememangnya keputusan aku selama ini memang terletak pada istikharahku sendiri. Diiringi dengan musyawarah moga-moga segalanya mendapat rahmat

Dalam rumah sewa yang kecil diisi dengan tujuh jiwa dari serata pelusuk negara. Perak, Kelantan, Pahang, Sabah, Sarawak. Ini belum cukup 1 Malaysia. Mirip-mirip sahaja. Mejoriti agama adalah muslim. Seorang Kristian dan seorang Kadazan. Hebatnya situasi dan pengalaman yang saya tempuhi. Di sini saya temui.

Berbudi bahasa dan saling menghormati perlu dipasak kukuh. Segala perbezaan tak kunjung ketara. Kalau ada pun itu bukan masalah utama. Kita mesti menguasai suasana dengan perpegang teguh dengan prinsip-prinsip yang sedia ada. Aurat wanita muslim dengan wanita bukan muslim adalah seperti wanita dengan lelaki yang halal dikahwini.