Tuesday, February 8, 2011

Kanak-kanak

Ubat penyakit takbur “pandanglah kanak-kanak sebagai orang yang mulia kerana mereka suci dari dosa.”

Wanita dan kanak-kanak amat sinonim. Jiwa wanita yang lembut mudah tersentuh dengan keletah dan aksi yang comel.

Berlainan pula dengan tugas pendidik kanak-kanak yang jarang dihargai kewujudannya seperti guru pasti, tadika dan guru KAFA. Mungkin gred, imbuhan dan kemudahan-kemudahan yang kami terima membuatkan kami rendah. Semoga ALLAH memandang tinggi pekerjaan kami

Keletah kanak-kanak apabila seorang amat menarik naluri, tetapi apabila keletah itu beradun dengan 30 orang yang mempunyai keletah yang berbeza, tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya.


Itulah tanggungjawab yang wajib dipikul. Mencorak warna di kain putih. Mengenalkan mereka dengan Allah dan rasul. Di samping mengenalkan mereka dengan huruf-huruf kehidupan sebagai hamba.

Sukarnya….. Ya ALLAH. Tabahkan hati-hati kami, kuatkan keazaman kami dan bukakanlah pintu hati mereka menerima ilmu mengenalMu

No comments: