Saturday, February 26, 2011

ilham senester 2

AL FIQH ISLAMI

Pengertian

Fiqh dari segi bahasa Arab nermaksud faham dan mengetahui akan sesuatu atau memahami tujuan dan percakapan seseorang


Kalimah fiqh dalam istilah pula ialah mengetahui atau memahami hukum-hukum syara’yang berkaitan khusus dengan perbuatan mukallaf seperti wajib, haram, sunat, makruh, harus, keadaan sesuatu akad itu sah atau batal, keadaan ibadat itu qada’ atau ada’ dan sebagainya.

Hukum-hukum syara’ amali yang berkaitan dengan perbuatan-perbuatan mukallaf ialah:

1 Wajib iaitu perbuatan yang diberi pahala kerana melakukannya dan diseksa kerana meninggalkannya seperti solat, puasa

2 Sunat iaitu perbuatan yang diberi pahala sekiranya mengerjakannya dan tidak diseksa sekiranya meninggalkannya seperti menulis hutang-piutang bagi melihat hak-hak tuan rumah

3 Haram iaitu perbuatan yang diberi pahala kerana meninggalkannya dan diseksa erana melakukanya seperti berzina dan mencuri

4 Makruh iaitu perbuatan yang diberi pahala kerana meninggalkannya dan tidak diseksa sekiranya mengerjakannya seperti menjatuhkan talaq tanpa sebab yang munasabah

5 Harus iaitu perbuatan yang tidak diberi pahala kerana mengerjakannya dan tidak diseksa kerana meninggalkannya seperti makan, minum

6 Sah iaitu perbuatan yang dikira lulus kerana telah memenuhi syarat-syarat yang diperlukan pada syara’

7 Batal iaitu perbuaan yang tidak dikira lulus kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang diperlukan pada syara’

Hubungn Fiqh dan Syariah

Fiqh berasaskan nas-nas syariah iaitu al quran, as sunnah, ijma’ dan qias.

Syariah Islam berasaskan wahyu ilahi yang wajib dipatuhi manusia dan haram menyalahinya.

CIRI-CIRI KEISTIMEWAANNYA

1 Sesuai untuk semua umat manusia pada semua zaman kerana ia merupakan salah satu daripada beberapa aliran fahaman dan tafsiran terhadap nas-nas syariah dan hokum-hukumnya

2 Fiqh sentiasa berkembang meskipun dasar, kaedah dan prinsip-prinsipnya tetap dan tidak berubah contohnya penggunaan sumber fiqh al Masalih al Mursalah dapat membantu kita melaksanakan hokum yang tidak ada nas yang sarih bagi menghasilkannya dan tidak ada dalil bagi menolaknya seperti pengumpulan al Quran di zaman Abu Bakar. Apabila beliau mendapati ada maslahah dalam pengumpulan itu

3 Dengan al Masalih al Mursalah juga membolehkan pihak berkuasa atau kerajaan mewujudkan pelbagai peraturan yang diperlukan oleh Negara bagi mendapatkan kebajikan dan kebaikan untuk rakyat selagi mana ia tidak berlawanan dengan syara’

4 Al Uruf iaitu suatu yang telah menjadi amalan kebiasaan manusia melakukannya dalam urusan hidup mereka seperti akad tempahan hukumnya harus apabila telah menjadi kebiasaan diamalkan

5 Ijma’ bermaksud bersatu pendapat para mujtahidin ke atas hokum sesuatu masalah dalam satu-satu masa selepas kewafatan baginda rasulullah saw. Para mujtahid ini mengambil kira kepentingan ummah dan juga adat manusia dalam masalah-masalah yang mereka hendak putuskan

SEJARAH PEMBINAAN HUKUM ISLAM

Pembinaan hokum di Mekah

Wahyu pada masa ini lebih menumpukan kepada aspek akhlak dan akidah. Hukum-hukum amali adalah dalam bentuk yang umum dan sedikit sahaja. Ini adalah kerana bilangan umat Islam ketika itu sangat sedikit, kehidupan mereka tertindas serta tidak mempunyai kekuatan dan kuasa.

Perundangan selepas Hijrah

Kesediaan orang-orang Madinah menerima umat Islam Mekah menjadi salah satu sebab penghijrahan umat Islam ke Madinah sekaligus menjadi pusat pemerintahan Islam. Suasana ini amat sesuai bagi membangunkan suatu penyusunan social dan siasah berteraskan Islam. Bermula dari tarikh itulah lahir keperluan kepada perundangan dan hokum hakam amali yang ditegakkan berasaskan tuntuttan syara’

Pembinaan hokum member penumpuan kepada aspek-aspek amali sama ada yang berkaitan dengan kehidupan individu mahupun kehidupan masyarakat. Lahirrlah hokum-hukum ibadat, jihad, system kekeluargaan, jenayah, muamalat dan sebagainya.

Cara-cara pemmbinaan hokum

Pembinaan hokum pada masa ini telah disempurnakan dengan salah satu dari 2 cara berikut

Kedatangan beberapa hokum tanpa didahului dengan sebarang soalan dan peristiwa tertentu

1 Berlaku peristiwa-peristiwa yang memerlukan hokum dari syara’ atau

2 orang-orang islam berhadapan dengan beberapa perkara yang menuntut mereka bertanya kepada nabi saw tentang hukumnya

ولا تنكحوا المشركات حتى يؤمن ولأمة مؤمنة خير من مشركة ولو اعجبتكم

Maksudnya: Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu

Ayat ini turun disebabkan satu peristiwa kesimpulannya salah seorang muslim bercita-cita hendak berkahwin dengan seorang perempuan musyrik jika mendapat peersetujuan baginda Rasulullah. Kemudian apabila dia memberitahu hasratnya kepada baginda lalu turun ayat ini

Di antara hokum-hukum yang turun bagi menjawab persoalan yang dikemukakan ialah :

يسألونك عن اليتامى قل اصلاح لهم خير

Maksudnya: dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad) mengenai masalah anak-anak yatim. Katakanlah : “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”

Keistimewaan pembinaan hokum pada zaman nabi

Pertama; beransur-ansur

Antara hikmah pembinaan hukum secara beransur-ansur

1 menjadikan hokum-hukum itu lebih ringan ke atas manusia untuk menerimanya

2 lebih mendorong kepada mereka untuk mengamalkannya

3 Memudahkan mereka mengetahui dan menghafaz hokum-hukumnya serta memahami sebab-sebab dan latar belakang hokum itu diturunkan

Kedua: Mengangkat kesulitan

Sakit, safar, paksaan, tersalah dan terlupa adalah dianggap dianggap sebagai uzur syar’e yang membolehkan keringanan hokum atau rukhsah. Prinsip syara’ yang bererti darurat mengharuskan yang dilarang juga dibina atas dasar mengangkat kesulitan

Ketiga : Nasakh

Nasakh ertinya diangkat hokum yang dahulu dan digantikan dengan hokum yang baru. Nasakh dalam perundangan Islam hanya berlaku pada zaman nabi saw sahaja. Tujuannya menjaga kepentingan umat manusia dan mengangkat kesulitan mukallaf dan menangani mereka dengan cara lembut. Contohnya :

Qiblat pertama ialah Baitul Maqdis kemudian dijadikan Baitullah sebagai qiblat sembahyang

No comments: