Saturday, February 26, 2011

CINTA OH CINTA



Kenapa Malaysia perlukan sangat penghibur? Cukup-cukuplah yang mana sudah tersedia.. Bila banyak sangat oenghibur maka hiburan pun mrlimpah ruah. Bila hiburan banyak maka kelalaian semakin memuncak. Bila hati dah lali dengan hiburan takut iman makin tak ketahuan.

Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah. Tapi kalau salah memilihnya punah. Berhibur dengan berziarah sahabat handai dan jiran, berhibur dengan bersantai dengan keluarha, berhibur dengan beriadah, berhibur dengan melakukan hobi di masa lapang apa salahnya?

Hiburan yang saya maksudkan ialah hiburan yang melalaikan. Nyanyian yang memuja wanita dan mendewakan cinta manusia yang tidak halal, pergaulan tanpa batas agama, aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada maksiat dan dosa. Rasulullah bersabda “kalau kamu tidak malu, lakukanlah apa saja yang kamu suka”

Mungkinkah ada di Malaysia ini jaguh seperti Salehuddin al Ayyubi, Muhammad al Fateh, imam Syafei, Hambali, Hanafi, Maliki. Paling kurang pun berapa ramai pemuda atau pemudi yang menerbitkan rasa benci apabila melihat kemungkaran? Itulah selemah-lemah iman. Amat dibimbangi jika ada di antara kita merasa teruja dengan kemaksiatan yang berleluasa di sekeliling kita.

Islam amat merindui pemuda dan pemudi yang minta dinasihati. Merindui umat yang saling menghormati. Merindui perlumbaan mengejar kebaikan. Subhanallah. Indahnya…… Mulakan diri, keluarga, sahabat, masyarakat dan Negara. Tetapi alangkah lebih indah jika Negara lebih dahulu menjuarainya sebagaimana ajaran Rasulullah. Baginda telah meneladani kita dengan sikap baginda sebagai hamba, suami, anggota keluarga dan masyarakat, imam ketua angkatan perang dan pemimpin Negara, agama dan bangsa.

Orang yang hebat akan mengambil orang yang hebat sebagai ikutan. Manusia yang paling hebat tentulah Rasulullah saw. Selagi manusia hebat ini tidak diikuti tidak sehebat manalah orang yang hebat itu. Kita tidak perlu mencanang kehebatan kita. Kerrana Kehebatan itu akan mengiringi kita tanpa kita sedari secara sendirinya. Rasulullah qudwah hasanah

ilham senester 2

AL FIQH ISLAMI

Pengertian

Fiqh dari segi bahasa Arab nermaksud faham dan mengetahui akan sesuatu atau memahami tujuan dan percakapan seseorang


Kalimah fiqh dalam istilah pula ialah mengetahui atau memahami hukum-hukum syara’yang berkaitan khusus dengan perbuatan mukallaf seperti wajib, haram, sunat, makruh, harus, keadaan sesuatu akad itu sah atau batal, keadaan ibadat itu qada’ atau ada’ dan sebagainya.

Hukum-hukum syara’ amali yang berkaitan dengan perbuatan-perbuatan mukallaf ialah:

1 Wajib iaitu perbuatan yang diberi pahala kerana melakukannya dan diseksa kerana meninggalkannya seperti solat, puasa

2 Sunat iaitu perbuatan yang diberi pahala sekiranya mengerjakannya dan tidak diseksa sekiranya meninggalkannya seperti menulis hutang-piutang bagi melihat hak-hak tuan rumah

3 Haram iaitu perbuatan yang diberi pahala kerana meninggalkannya dan diseksa erana melakukanya seperti berzina dan mencuri

4 Makruh iaitu perbuatan yang diberi pahala kerana meninggalkannya dan tidak diseksa sekiranya mengerjakannya seperti menjatuhkan talaq tanpa sebab yang munasabah

5 Harus iaitu perbuatan yang tidak diberi pahala kerana mengerjakannya dan tidak diseksa kerana meninggalkannya seperti makan, minum

6 Sah iaitu perbuatan yang dikira lulus kerana telah memenuhi syarat-syarat yang diperlukan pada syara’

7 Batal iaitu perbuaan yang tidak dikira lulus kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang diperlukan pada syara’

Hubungn Fiqh dan Syariah

Fiqh berasaskan nas-nas syariah iaitu al quran, as sunnah, ijma’ dan qias.

Syariah Islam berasaskan wahyu ilahi yang wajib dipatuhi manusia dan haram menyalahinya.

CIRI-CIRI KEISTIMEWAANNYA

1 Sesuai untuk semua umat manusia pada semua zaman kerana ia merupakan salah satu daripada beberapa aliran fahaman dan tafsiran terhadap nas-nas syariah dan hokum-hukumnya

2 Fiqh sentiasa berkembang meskipun dasar, kaedah dan prinsip-prinsipnya tetap dan tidak berubah contohnya penggunaan sumber fiqh al Masalih al Mursalah dapat membantu kita melaksanakan hokum yang tidak ada nas yang sarih bagi menghasilkannya dan tidak ada dalil bagi menolaknya seperti pengumpulan al Quran di zaman Abu Bakar. Apabila beliau mendapati ada maslahah dalam pengumpulan itu

3 Dengan al Masalih al Mursalah juga membolehkan pihak berkuasa atau kerajaan mewujudkan pelbagai peraturan yang diperlukan oleh Negara bagi mendapatkan kebajikan dan kebaikan untuk rakyat selagi mana ia tidak berlawanan dengan syara’

4 Al Uruf iaitu suatu yang telah menjadi amalan kebiasaan manusia melakukannya dalam urusan hidup mereka seperti akad tempahan hukumnya harus apabila telah menjadi kebiasaan diamalkan

5 Ijma’ bermaksud bersatu pendapat para mujtahidin ke atas hokum sesuatu masalah dalam satu-satu masa selepas kewafatan baginda rasulullah saw. Para mujtahid ini mengambil kira kepentingan ummah dan juga adat manusia dalam masalah-masalah yang mereka hendak putuskan

SEJARAH PEMBINAAN HUKUM ISLAM

Pembinaan hokum di Mekah

Wahyu pada masa ini lebih menumpukan kepada aspek akhlak dan akidah. Hukum-hukum amali adalah dalam bentuk yang umum dan sedikit sahaja. Ini adalah kerana bilangan umat Islam ketika itu sangat sedikit, kehidupan mereka tertindas serta tidak mempunyai kekuatan dan kuasa.

Perundangan selepas Hijrah

Kesediaan orang-orang Madinah menerima umat Islam Mekah menjadi salah satu sebab penghijrahan umat Islam ke Madinah sekaligus menjadi pusat pemerintahan Islam. Suasana ini amat sesuai bagi membangunkan suatu penyusunan social dan siasah berteraskan Islam. Bermula dari tarikh itulah lahir keperluan kepada perundangan dan hokum hakam amali yang ditegakkan berasaskan tuntuttan syara’

Pembinaan hokum member penumpuan kepada aspek-aspek amali sama ada yang berkaitan dengan kehidupan individu mahupun kehidupan masyarakat. Lahirrlah hokum-hukum ibadat, jihad, system kekeluargaan, jenayah, muamalat dan sebagainya.

Cara-cara pemmbinaan hokum

Pembinaan hokum pada masa ini telah disempurnakan dengan salah satu dari 2 cara berikut

Kedatangan beberapa hokum tanpa didahului dengan sebarang soalan dan peristiwa tertentu

1 Berlaku peristiwa-peristiwa yang memerlukan hokum dari syara’ atau

2 orang-orang islam berhadapan dengan beberapa perkara yang menuntut mereka bertanya kepada nabi saw tentang hukumnya

ولا تنكحوا المشركات حتى يؤمن ولأمة مؤمنة خير من مشركة ولو اعجبتكم

Maksudnya: Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu

Ayat ini turun disebabkan satu peristiwa kesimpulannya salah seorang muslim bercita-cita hendak berkahwin dengan seorang perempuan musyrik jika mendapat peersetujuan baginda Rasulullah. Kemudian apabila dia memberitahu hasratnya kepada baginda lalu turun ayat ini

Di antara hokum-hukum yang turun bagi menjawab persoalan yang dikemukakan ialah :

يسألونك عن اليتامى قل اصلاح لهم خير

Maksudnya: dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad) mengenai masalah anak-anak yatim. Katakanlah : “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”

Keistimewaan pembinaan hokum pada zaman nabi

Pertama; beransur-ansur

Antara hikmah pembinaan hukum secara beransur-ansur

1 menjadikan hokum-hukum itu lebih ringan ke atas manusia untuk menerimanya

2 lebih mendorong kepada mereka untuk mengamalkannya

3 Memudahkan mereka mengetahui dan menghafaz hokum-hukumnya serta memahami sebab-sebab dan latar belakang hokum itu diturunkan

Kedua: Mengangkat kesulitan

Sakit, safar, paksaan, tersalah dan terlupa adalah dianggap dianggap sebagai uzur syar’e yang membolehkan keringanan hokum atau rukhsah. Prinsip syara’ yang bererti darurat mengharuskan yang dilarang juga dibina atas dasar mengangkat kesulitan

Ketiga : Nasakh

Nasakh ertinya diangkat hokum yang dahulu dan digantikan dengan hokum yang baru. Nasakh dalam perundangan Islam hanya berlaku pada zaman nabi saw sahaja. Tujuannya menjaga kepentingan umat manusia dan mengangkat kesulitan mukallaf dan menangani mereka dengan cara lembut. Contohnya :

Qiblat pertama ialah Baitul Maqdis kemudian dijadikan Baitullah sebagai qiblat sembahyang

Friday, February 25, 2011

luv forever



Hadis ialah setiap perkataan, perbuatan, sifat dan taqrir baginda nabi Muhammad saw.

Bertuahnya para sahabat baginda dapat melihat, mendengar dan melalui sendiri proses hadis itu berlaku.

Betapa hebatnya seorang manusia bernama Muhammad yang menjadi kekasih Allah.Segalanya diiktiraf. Subhanallah. Bagaimana kasih saya kepada baginda?

Bila ditanya tentang akhlak baginda, isterinya lantas menjawab akhlak baginda adalah AL QURAN. Bagindalah qudwah yang sebenarnya. Baginda mengadaptasi Keindahan Islam dalam setiap tutur, gerak geri dan sebagainiya. Semuanya baginda. Alangkah indahnya kekasih Allah.

Nabi yang mencintai umatnya. Menyebut umatnya di saat sakitnya sakaratul maut. Di mana umatmu kini?

Saya? Saya umatmu. Saya yang lemah ini. Melapis-lapiskan cinta terhadapmu. Saya mengharap dapat bertemumu. Saya yang mengharap

Thursday, February 24, 2011

Menunggu jawapan tuhan


Istikharah Cuma sekali. Kemudian ada yang menyokong membuatkan aku terus bertindak.

اللهم ان كنت تعلم ان هذا الامري خير لي في ديني ودنياي وعاقبة الامري اجله

وعاجله فاقدر لي وبارك لي فيه


Kalau tak pernah bergelora bukan laut namanya. Kalau tak pernah berada di persimpangan bukan kehidupan manusia namanya


Tunggulah saja jawapan dari tuhan. Bukankah segalanya yang berlaku adalah dariNya? Aku serahkan segalanya padaMu. Kerana aku tidak tahu apa yang ENGKAU tahu.

kalau tak dapat

1

Kalau tak dapat

Aku menangis meraung-raung

Sampai orang bagi

2

Kalau tak dapat

Aku maki dalam hati

Buat muka, buat perangai

Bagi orang sakit hati

Bagi orang benci

3

Bila tak dapat

Aku naik moto laju-laju

Biar aku accident

Biar orang menangis

Biar orang menyesal sebab tak bagi


Ha ha ha

Bodohnya hang

Ikut perangai aku

1 : kosong

Ramai-ramai pi duk neraka


Mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat

itu amalan orang yang beriman