Monday, July 19, 2010

MULA



Kegemilangan tamadun Islam adalah kerana ketaatan dan keteguhan kepada ajaran agama dari segenap lapisan komuniti. Islam yang adil, bertimbang rasa dan melindungi golongan yang lemah memutikkan cinta untuk mendamping serta merasa senang walau tidak menganutinya.

Kebejatan sosial hari ini adalah jauhnya kita dari Islam. Bagaimana ia bermula sehingga kita alpa sedemikian rupa? Jangan kita menuding jari. Marilah sama-sama kita koreksi. Tidak terlambat untuk kita memulakannya semula. Paduan tenaga dan kata perlulah dilaksana.

KETEGASAN Sultan Muhammad menolak tawaran berbentuk hadiah-hadiah berharga seperti emas, intan, berlian, penari dan penyanyi yang cantik jelita serta guru-guru terlatih yang akan berkhidmat dan mengajar adab dan adat istiadat bangsawan di istana adalah pencegahan yang benar-benar mujarab.

Lihat sahaja bagaimana tarian dan nyanyian melarikan kita dari menjadikan amal ibadah sebagai satu kenikmatan. Adab malah adat songsang yang tidak berkait dengan tatacara Islam menjadi perlakuan kita sehari-hari tanpa kita sedari. Akhirnya lahirlah sejenis penyakit yang diberi nama al wahnu.

Dari mana hendak kita mulakan?. Dalam lirik nasyid BROTHERS “Mula diri, keluarga, sahabat, masyarakat dan Negara”.

Sultan Muhammad memulakannya dengan Negara. Langkah pencegahan yang selaras dan sekata. Seperti bayi yang hendak dipersalinkan akan keluar melalui kepala dahulu secara kebiasaannya. Namun akan menghadapi komplikasi sekiranya, songsang, melintang dan sebagainya.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Kalau susah untuk menamatkan, janganlah cuba-cuba untuk memulakannya

No comments: