Monday, July 19, 2010

MULA



Kegemilangan tamadun Islam adalah kerana ketaatan dan keteguhan kepada ajaran agama dari segenap lapisan komuniti. Islam yang adil, bertimbang rasa dan melindungi golongan yang lemah memutikkan cinta untuk mendamping serta merasa senang walau tidak menganutinya.

Kebejatan sosial hari ini adalah jauhnya kita dari Islam. Bagaimana ia bermula sehingga kita alpa sedemikian rupa? Jangan kita menuding jari. Marilah sama-sama kita koreksi. Tidak terlambat untuk kita memulakannya semula. Paduan tenaga dan kata perlulah dilaksana.

KETEGASAN Sultan Muhammad menolak tawaran berbentuk hadiah-hadiah berharga seperti emas, intan, berlian, penari dan penyanyi yang cantik jelita serta guru-guru terlatih yang akan berkhidmat dan mengajar adab dan adat istiadat bangsawan di istana adalah pencegahan yang benar-benar mujarab.

Lihat sahaja bagaimana tarian dan nyanyian melarikan kita dari menjadikan amal ibadah sebagai satu kenikmatan. Adab malah adat songsang yang tidak berkait dengan tatacara Islam menjadi perlakuan kita sehari-hari tanpa kita sedari. Akhirnya lahirlah sejenis penyakit yang diberi nama al wahnu.

Dari mana hendak kita mulakan?. Dalam lirik nasyid BROTHERS “Mula diri, keluarga, sahabat, masyarakat dan Negara”.

Sultan Muhammad memulakannya dengan Negara. Langkah pencegahan yang selaras dan sekata. Seperti bayi yang hendak dipersalinkan akan keluar melalui kepala dahulu secara kebiasaannya. Namun akan menghadapi komplikasi sekiranya, songsang, melintang dan sebagainya.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Kalau susah untuk menamatkan, janganlah cuba-cuba untuk memulakannya

cita-cita yang diwariskan



Usaha menakluk Kota Konstantinopel yang menjadi kemegahan umat kristian telah diwarisi sejak zaman Khulafa ar Rasyidin lagi. Namun, Allah tidak mempersoalkan kejayaan. Tetapi usaha dan kesungguhan amat dititik beratkan. Kejayaan pasti datang. Bersabarlah menanti saat dan ketikanya. Usaha yang manakah menjadi perkenan tuhan?
1. Saidina Ali bin Abi Talib tahun ke 34 Hijrah
2. Muawwiyah bin Abi Suufyan tahun ke 84 Hijrah
3. Sultan Sulaiman Abdul Malik pada tahun 91 Hijrah
4. Khalifah Harun ar Rasyid tahun ke 165 Hijrah
5. Akhir sekali Sultan Murad pada tahun 825 Hijrah sebelun puteranya Sultan Muhammad Berjaya menaklukinya

Tuesday, July 6, 2010

AHWAL SYAKHSIAH



“Berkatalah benar walaupun pahit.”
Saya lihat wajah nenek tenang. Dia kelihatannya memahami keadaan kami. Dia berundur dan akur dengan cadangan dan permintaan saya.

Lebih 3 tahun nenek tinggal bersama kami. Nenek, ibu kepada emak, merangkap inu saudara kepada abah. Dalam erti kata lain emak dan abah sepupu. Sejak nenek laki meninggal nenek berulang alik ke rumahnya dan rumah kami yang tidak berapa jauh. Seminggu sekali nenek akan pulang ke rumahnya menjenguk.

Emak saya anak sulung. Namun emak tidak berupaya berjalan sejak nenek laki belum meninggal lagi. Pergerakannya terbatas dengan hanya menggunakan tongkat. Lututnya gagal beroperasi menyebabkan emak tidak boleh duduk di lantai. Dunianya hanya di atas kerusi dan katil. Syukur emak masih mampu berjalan ke bilik air dan dapur. Boleh membasuh pinggan dan masak dengan duduk di atas kerusi.

Sejak April lalu nenek sakit, Emak menjaga nenek yang turut dibantu anaknya. Sehingga Julai keadaan emak dan nenek seolah serupa. Nenek dengan sakitnya dan emak dengan keupayannnya yang semakin terbatas. Tidak tahan melihat emak saya meminta nenek tinggal dengan acuk udin. Pilu hati saya mengungkapkannya kepada nenek tetapi pilu lagi hati saya melihat keadaan emak.

Subhanallah.. Kalau melihat emak menjaga nenek, tidak sampai hati saya hendak membiarkan emak. Tetapi tidak pasti, mampukah saya melakukan seperti emak?

“Ibu/bapa seorang boleh menjaga sepuluh anak, tetapi sepuluh anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu/anak”. Menjaga anak memeng sukar. Tetapi anak-anak adalah milik ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah dewasa mereka akan menjadi suami/isteri orang dan mempunyai kehidupan sendiri. Toleransi anak sesame adik beradik perlulah diperkasakan supaya tidak hanya sebahagian yang mengambil berat. Sebahagian lagi hanya melepas tangan kerana melihat kefarduan itu telah terlaksana. Jadikanlah kefarduan menjaga ibu bapa adalah fardu ain dan bukan fardu kifayah. Kalau kita merasa susah menjaganya, tentu orang lain juga turut merasainya. Bergilirlah dan berpakatlah. Moga hidup kita semua bahagia.

Pelajaran ini Allah kirimkan terus untuk saya. Mampukah saya mengaplikasikannya? TUHAN, jangan kau jahilkan aku setelah kau beri aku pelajaran.

“Anak-anak sekalian, tunjukkanlah contoh terbaik kepada anak-anakmu kelak. Semoga Allah menjinakkan hatinya untuk menjadi anak yang soleh lagi solehah. Sekiranya kita menganiyai orang tua kita, takutilah, anak-anak kita melakukan perkara yang sama kepada kita kerana kita yang mengajarnya sedemikian rupa.”

Tuhan, kau restuilah usaha kami. Jangan kau duga kami dengan ujian yang tidak mampu kami menanggungnya. Malah kau teguhkanlah iman kami sekalian. Amin.”

SKILL



“Siapa yang buat teh ni? Manisnya bukan main lagi, tapi tehnya cair. Lain kali bubuh teh lebih sikit. Biar dia kaw.”

Saya terpinga. Selama ini abah tidak pernah komen apa pun. Saya tidak membiarkan abah yang cuba berbuat sesuatu kepada teh itu. Saya cuba melakukan apa yang sepatutnya. Teh panas adalah minuman kegemaran abah sejak muda lagi. Dalam sehari sekurang-kurangnya dua kali tibongnya perlu diisi.

Tak cukup dengan itu, abah turut ke dapur menolong saya memasak gulai. Apabila sudip berganti tangan saya hanya memerhati kelakuan abah. Walaupun tangan abah kasar dan sinonim hanya dengan tukul dan gergaji yang menjadi pencarian utama membesarkan sembilan orang anaknya tetapi begitu berseni mengacau rempah di dalam periuk.

“Waw, pandainya abah masak!”
“Ingat abah ni apa?”
“Abahla.” Saya tersenyum terus memerhati memberi sokongan.
“Ni baru gulai.” Abah membuat aksi teruja dengan masakan sendiri.
“Lain kali ikut macam mana abah buat.”
“Alaa… abah sajalah yang masak lepas ni. Senang. Abah nak rasa yang macam mana pun tak kisah.” Saya mengelat.
“Abeh, abah sajalah yang pandai?” Saya menyerigai. Hebat betul uslub teguran abah.

FORMULA

“Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat tang baik”
Kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah ini telah dibuktikan oleh Sultan Muhammad al Fateh. Sabda ini perlu dijadikan formula untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

AIR TERJUN


“Apakah yang paling jauh?”
Itulah masa telah lalu yang telah kita tinggalkan.
Saya mengimbas perkelahan di Burmis sebulan lalu. Walaupun saya galak berenang dan berkubang namun saya sempat berjeda merenung buih-buih halus lagi putih limpahan air yang deras menuruni cerun-cerun yang berliku. Di hati sedang mendendang lagu zaman kecilko yang masih hafal di nubari.

Airmu mengalir
Dari gunung jauh di sana
Bersih dan sejuknya
Sungguh indah di pandang nata
Kau tetap mengalir
Walau apa halangan tiba
Tak berhenti-henti
Hingga sampai di laut nanti
Masa juga kan berlalu tak menunggu kita
Gunakanlah sepenuhnya
Janganlah leka

Saya hadami lirik ringkas itu. Sejak alam ini diciptakan ia tidak pernah berehat dari mengalir. Taatnya makhluk yang bernama air terjun ini. Namun keindahan yang saya nikmati hari ini adakah akan turut dirasai generasi akan datang? Betapa ruginya jika khazanah ini musnah dek tangan-tangan manusia yang tidak berakhlak seterusnya mengancam segala kedamaian yang ada.

Air yang dingin terus singggah membasahi tubuh saya dan mengalir menuruti kehendak arus. Pergi dan terus hanyut menerusi lurah yang sentiasa mendepang. Begitulah setiap saat yang kita tempuh akan berlalu menjadi sejarah sama ada baik atau buruk. Sekiranya hari ini kita berbahagia bersama keluarga, hari ini akan bertukar semalam pada keesokan harinya. Ia terus menjauh. Yang tinggal hanya kenangan. Selamat Hari Lahir sahabatku Anak Lebai Salim. Semoga Allah merahmati hidup kita.