Peperangan ini dinamakan Ahzab yang bermaksud bergabung iaitu gabungan beberapa kumpulan bergabung memerangi Islam di Madinah. Mereka termasuk kaum Musyrikin Mekah, Kaum Yahudi dan beberapa Qabilah Arab yang lain.
Oleh kerana jumlah tentera Islam terlalu sedikit (3000 orang) berbanding tentera musuh (10 000 orang), secara logiknya memang sukar untuk tentera Islam berjaya. Rasulullah bermesyuarat bagi membincangkan strategi bagi mengalahkan musuh. Salman Al Farisi mencadangkan supaya menggali parit di sekeliling kota Madinah bagi menghalang kemaraan tentera musuh. Peperangan ini juga dikenali sebagai Khandak, di ambil sempena parit yang menjadi benteng umat Islam zahirnya
Cadangan sahabat itu diterima. Kerja-kerja menggali dilakukan secara bergotong-royong. Semua pihak bergabung tenaga menggali parit sedalam 10 hasta, lebar 9 hasta serta panjang kira-kira 5000 hasta.
Semasa mereka sedang menggali parit, mereka berjumpa seketul batu besar. Orang ramai cuba memecahkan batu itu tetapi tidak Berjaya. Kemudian Nabi Muhammad mengambil penukul , baginda berdoa lalu menukul batu itu. Pada pukulan pertama kelihatan percikan api dan batu itu pecah separuh. Pada pukulan kedua kelihatan lagi percikan api dan batu itu pecah semuanya. Kemudian Rasulullah bersabda yang bermaksud
“Pada pukulan pertama aku melihat gedung dan istana-istana kisra di Hirah (Parsi). Pada pukulan kedua aku melihat istana-istana merah Romawi (Rom). Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka".
Hadis itu terbukti kebenarannya apabila akhirnya dua kuasa besar itu dapat dikalahkan oleh tentera Islam. Parsi dikalahkan semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar as Siddiq. Manakala Rom ditewaskan semasa pemerintahan Saidina Umar bin al Khattab
Thursday, February 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment