Saturday, March 19, 2011

pesanan untukku

(1) “ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain.”

Yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya. Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik di dalam internet samada dalam frienster, facbook atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah. Menyertai FaceBook tidak semestinya perlu menonjolkan kecantikan wajah atau tubuh badan. Menulis dengan tulisan-tulisan yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah & mengembangkan tali persahabatan sesama manusia.

(2) Wajah wanita adalah sebesar-besar FITNAH yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa. Lagipun wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki. Allah swt berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)

(3) Rasulullah saw memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri r.a, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”

(4) Rasulullah saw mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”

Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah saw di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.

(5) Sabda RASULULLAH S.A.W.; Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)

(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung: Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya

Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik-baik jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram. Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi perkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semua alasan semata-mata untuk membenarkan apa yang kita buat. Wallahu’alam.. Lihat seterusnya..

Monday, March 14, 2011

Harap Mengharap


Mendengar lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan kita pada saat itu tidak dapat menterjemahkannya. Terserah bagaimana perasaan kita ketika itu. Sama ada bahagia, kecewa, sedih mahupun gembira. Tidak kiralah dari apa jenis genre sekalipun.


Apa perasaan seseorang yang sedang dalam mengHARAP? Apa yang sedang diHARAPkan? Berapa peratus kebarangkalian pengHARAPan itu hendak tercapai?


Sukar untuk menjawab persoalan hati. Barang kali bagi seorang ibu/ayah amat mengharapkan anak-anaknya sentiasa berada di sisi mereka. Berlainan pula dengan harapan seorang muda dewasa yang mengharapkan dapat belajar dan merasai hidup berdikari. Harapan seorang isteri adalah kesetiaan dan cinta seorang suami dan sebaliknya. Harapan seorang ketua ialah mengharapkan kerjasama dari orang bawahannya. Harapan seorang pekerja ialah upah yang banyak dan kerja yang santai. Walau di mana pun letaknya kita pengharapan tidak pernah merenggang dari keinginan.

Namun sejauh mana pengharapan itu dari kedudukan kita? Adakah terlalu jauh? Yang mustahil untuk kita capai. Adakah harapan itu sudah bergerak menghampiri kita? Yang memungkinkan kita mencapainya namun memerlukan sedikit mujahadah dan kesabaran. Ataukah harapan itu berada di samping kita namun kita tidak mengindahkannya. Apa tindakan pengHARAP?

Tetapi malangnya sebahagiannya hanya mahu terus mengharap dengan terus menyorokkannya jauh di lipatan perasaan yang seterusnya menyesakkan jiwa. Ya Allah. Bantulah hamba-hambaMU yang sedang mengharap ini. Sekiranya harapan itu baik padaMU kau permudahkanlah dan kau rahmatilah kami.

lampu isyarat

Sukarnya perjalanan ini. Sentiasa direntangi lampu isyarat yang mengisyaratkan saya supaya menunggu. Sampai bila?

Ya Allah permudahkanlah perjalananku ini. Amankanlah perjalanan ini dari fitnah dan dosa.

Penantian itu menyeksakan. Tetapi penantian itu benar dan wujud. Siapa yang bersabar dialah orang yang Berjaya. Namun mampukah saya menjadi orang yang bersabar?

Allah amat mencintai orang yang bersabar. Bagaimana sabarnya Nabi Ibrahim menantikan zuriatnya. Sabarnya baginda mentaati perintah Allah untuk mengorbankan puteranya yang amat dikasihi. Cinta suci yang Allah ajarkan kepada manusia. Sukar sangat menjinakkan cinta ALLAH di dalam hati.

Bagaikan lampu isyarat. Tiba warna merah kita berhenti. Berhenti sejenak menginsafi kebesaran Allah yang amat menakjubkan. Tiba warna kuning kita masih mengingati dan menghayatinya. Tapi bila tiba warna hijau, segala hati dan perasaan tertumpu kepada pemanduan adakah ingatan kepada Allah masih berterusan?. Tahniah kepada yang Berjaya. Siapa yang belum berjaya boleh terus cuba dan mencuba. Semoga Allah menilai kehendak baik kita sebagai satu amalan

Friday, March 11, 2011

ATURAN KEHIDUPAN

Serabut bila lihat pusuan orang yang berculang caling membawa urusan masing-masing. Setiap hari malah di mana-mana sahaja. Memangnya manusia diutus ke muka bumi sebagai pengurus. Semua ada urusan yang perlu dibereskan. Namun bagaimana komitmen kita dan disiplin kita menentukan mutu dan hasilnya.

Saya melihat emak yang kian uzur. Begitu juga abah. Itulah aturan kehidupan. Saya juga akan menjalani proses yang sama. Sama ada sempat atau tidak itu juga aturan kehidupan dari Allah yang pasti tiada siapa mampu lari. Bidalan “seorang emak/ayah mampu menjaga 10 anak tetapi sepuluh anak belum tentu dapat membela seorang emak/ayah”

Seorang emak/ayah bermula dari seorang anak. Apabila berkahwin, mempunyai anak mereka berubah status menjadi orang tua sebagai pelindung dan pengemudi. Ibu bapa memegang amanah dalam memberi pendidikan dan ajaran yang sempurna kepada anak-anak agar menjadi orang yang berguna. Dalam proses ini pelbagai cabaran dan rintangan membentang. Ada di antaranya berjaya, ada juga yang kurang berjaya. Terserah persepsi kejayaan ditafsir dari asper dan sudut yang mana.

Aturan kehidupan terus berjalan tanpa henti. Tiada kuasa yang mampu menghentikannya kecuali Allah. Apabila anak sudah dewasa, Berjaya malah mampu berdikari seterusnya mereka membina keluarga baru dan mempunyai tanggungjaab baru. Bukan niat saya ingin mengatakan seperti kacang lupakan kulit. Secara fitrahnya hubungan dan aturan ini dicipta ada hikmahnya. Namun sesekali saya terfikir apakah berbaloi pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak yang akhirnya mencurahkan komitmen kepada sesuatu yang baru iaitu keluarga baru.

Dalam Islam itulah yang dinamakan keikhlasan. Bukan semata-mata melakukan sesuatu untuk mendapatkan imbuhan yang nyata. Kehidupan umat Islam bukan hanya hidup di dunia tetapi kehidupan yang pasti dan tiada mati adalah di akhirat.

Hubungan antara ibu bapa dan anak adalah hubungan yang paling istimewa. Allah menghargai ibu bapa dengan melarang anak-anak mengherdik walaupun berkata uff. Namun naluri ibu bapa tetap memaafkan anak-anak dalam mengkoreksi kualiti produktiviti mendidik sebelumnya.

Ironisnya, walau di pihak manapun kita berada berpegang teguhlah dengan syariat Islam yang sentiasa mengutamakan kasih sayang Allah terhadap hambanya. Bertuahlah menjadi umat Islam yang sentiasa dikasihi ALLAH dengan segala pantang larang yang memelihara keharmonian bukannya mengongkong dan menyeksakan. Syariat ini terlalu sempurna milik YANG MAHA SEMPURNA

Thursday, March 10, 2011

getaran jiwa

Mungkin Hari Anugerah Cemerlang ini program terakhir sebelum saya meninggalkan SRAR al Aziziah. Selepas ini saya pun tidak pasti di mana kedudukan saya. Di mana perjalanan saya, siapa yang berada di sekeliling saya. Semuanya menjadi persoalan yang amat mendebarkan.

Bercakap memang senang. Tetapi bercakap di hadapaan hadirin yang ramai memang sukar. Segalanya bergetar. Dari jiwa, terus ke lidah dan bibir. Kaku. Saya ketawa di dalam hati. Apa sudah jadi pada diri saya. Ternyata terlalu tumpul setelah sekian lama. Saya tidak boleh menghalang penilaian mereka terhadap saya.

Terharu sungguh dijenguk permata-permata jiwa lewat perpisahan lalu. Damainya. Gembira dapat meraikan kejayaan mereka walaupun tak seberapa. Saya tahu mereka mencuba sedaya upaya. Saya juga pernah melalui angka usia seperti mereka.

Hari ini menjadi sebahagian dari sejarah. Esok yang bakal menyusul entah bagaimana. Adakah lebih baik Alhamdulillah, atau sama sahaja dengan mengulangi kesilapan yang sama, ataukah lebih teruk dari sebelumnya nauzubillah.

Tuesday, March 8, 2011

abahku

Abahku
Dalam usia selanjut ini abahku masih kuat bekerja. Kerja yang sangat berat. Mencari rezeki untuk keluarga. Itulah tanggung jawab. Itulah ibadat.

Abahku
Lelaki pertama yang aku kenali. Model lelaki terhebat selepas Rasulullah saw dalam hatiku. Pelindung dan paying dalam rimbunan yang penuh kasih sayang.

Abahku
Mengajarku supaya melihat… jangan bersuara dulu. X perlu bising-bising. Kemenangan akan bersama orang yang bersabar. Aku melihat sendiri keberkesanannya. Tetapi anakmu ini tidak menerima kuah curahanmu abahku. Anakmu ini selalu merungut dan terburu-buru dalam membuat tindakan.

Abahku
Allah menyerlahkan kasih sayangmu di kala aku sudah dewasa. Di usia engkau perlukan kami menemani usiamu. Suatu ketika dulu aku kehilanganmu lantaran kesibukanmu. Aku tidak pernah dibawa bersiar-siar. Malah bertemu abah jarang sekali. Wahai anak-anak… kau akan mengerti mengapa, bagaimana, di mana. Segalanya akan terjawab.

Abahku
Sekiranya kau pergi meninggalkanku, semoga Allah menempatkanmu di syurga. Kalau aku pergi dulu sebelummu semoga kita akan bertemu di sana nanti bersama orang-orang yang berbahagia. Tiada apa yang mampu kuberikan kepadamu. Semoga aku tergolong menjadi anak yang solehah yang menyenangkan hatimu selalu

Sunday, March 6, 2011

FALSAFAH CINTA



Bila hadir kasih sayang
Tanda cinta sudah berakar
Terkadang pudar hidup ku
Terkadang semangat terlerai


Kuasa cinta kepada keindahan
Yang ada yang tetap pada kejadian
Berdiri di atas kehendak keamanan
Kedamaian

Cinta menciptakan rindu
Duka membuat kita sembuh
Semangat terbakar hangus
Itu mesti terus


Kerana cinta dunia pun berperang
Itu cinta sesat di perjalanan
Demi cinta kita terlupa dunia
Kesesatan...

Marilah kita bersama terus bercinta
Menjadi cermin untuk manusia
Hentikan tangisan rindukan ketenangan
Cinta ini penuh keindahan
Kasih dan sayang...

Nanana nananana nana nana nana...
Cinta ini penuh... keindahan