Thursday, October 27, 2011
Thursday, October 13, 2011
Yang mana satu?

Kita boleh memilih sekiranya ada banyak penawaran. Pastikan pilihan kita adalah tepat benar dan tidak menyalahi undang-undang dunia mahupun akhirat.
Ramai orang mencintai kebersihan. Rasanya hamper tiada yang suka kotor dan serabut. Persoalannya berapa orang yang suka membersihkan dan mengemas?
Teringat hadis Rasulullah saw ‘Kebersihan itu senahagian dari Iman’. Kebersihan dan iman saling berkaitan. Orang yang menjaga kebersihan tidak semestinya beriman, tetapi orang yang beriman wajib menjaga kebersihan.
Kebersihan pula amat luas bidang pentakrifannya. Pokoknya adalah rohani dan jasmani. Kebersihan rohani menjadi baja asas dalam menentukan subur dan sugulnya pokok kita
Andai kita merasa najis itu kotor, bagaimana tahap kebersihan hati kita? Untuk membersihkan hati, rendahkan ego kita dengan mencuci najis itu. Jangan biasakan diri kita membuang sampah ditempat yang tidak sepatutnya. Bagaimana Tuan Guru Hj NIK Abdul Aziz bin Nik Mat akan mencuci tandas madrasahnya dengan tapak tangan beliau sendiri
Walau bagaimana pun buatlah pilihan berdasarkan kebenaran bukan keegoan. Akal yang dibaluti iman insya allah akan terpelihara dengan pengawasan Allah. Saya menulis untuk diri sendiri
Sunday, September 25, 2011
Kepada: Diriku Sendiri
Asalammualaikum diriku….
Semoga berada dalam limpahan rahmat kasih Allah.
Pandangan Allah adalah lebih utama. Carilah keredhaan Allah, wahai diriku. Bersabarlah dengan tohmahan manusia sekiranya Allah menghendaki dan mencintainya
Wahai diriku
Tabahkan hatimu dalam merempuh segala takdir. Itulah curahan kasih sayang Allah. Sekiranya kau bersabar kau akan menang. Tundukkanlah segala duri yang terpacak di jalanmu dengan mengelaknya walaupun payah. Destinasinya tetap satu. Sekiranya kau berkeras dan protes kau akan cedera dan sakit.
Wahai diriku
Kau adalah manusia yang lemah serta serba kekurangan. Janganlah kau mengeluh dan berputus asa dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada orang lain, kerana nikmat Allah tidak terhitung di akalmu. Tidak terbalas dengan ibadatmu. Apatah lagi kamu adalah insane yang selalu membuat dosa. Ampuni aku TUHANKU
Wednesday, June 22, 2011
reminder
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
Lalu Nabi saw. bersabda:
1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. (Sudah lama mereka bebas, sila rujuk artikel saya berkenaan kajian Ulama Imran N. Hosein)
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.
Friday, June 3, 2011
tips perkahwinan dari ustaz azhar idrus

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Saturday, May 14, 2011
selagi ada waktu

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.
Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..pe...nat sangat tuh”.
Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.
Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.
Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.
Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.
Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”. Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..
Namun suatu hari…. Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”. Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.
Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya….. Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….
SAYANG….abang mintak maaf….
Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….
Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….
Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….
Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah…. Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..
Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi….. Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG …. SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer….. Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..
Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat…. Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……. Kiasatina 11 may 2011
Sunday, May 8, 2011
menjadi seorang anak


Melewati hari ibu tanpa ibu di sisi. Kehidupan tetap perlu diteruskan. Bagi orang Islam sambutan hari ibu hanya untuk meraikan sesuatu yang sebenarnya memang diraikan setiap masa.
Kasih terhadap ibu bapa wajib sentiasa di hati. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa. Sekiranya kita menyakiti mereka, tunggulah azab yang pedih dari Allah. Ancaman ini perlu diteliti oleh setiap insane bergelar anak. Adakah selama ini kita benar-benar tidak pernah menyakiti mereka? Adakah kita benar-benar pasti? Betapa murninya hati mereka, sebesar mana pun kesalahan kita mereka pasti akan memaafinya. Mereka tidak pernah merasa bahagia apabila mengetahui anaknya sengsara.
Bagi anak, perlu melebihkan ibu 3 kali dan kemudian barulah bapa. Itulah keistimewaan yang Allah kurniakan kepada wanita. Sesungguhnya Allah Maha adil dalam memberikan hak dan tugasan kepada sekalian makhluk. Tidak wujud lagi persoalan.
Menjadi seorang anak yang dicorak oleh ibu bapa dengan acuan yang mereka mahu. Terpulang atas kehendak masing-masing. Kalau acuannya baik tetapi hasilnya tidak menjadi barangkali itu ujian dan perlu dibaiki. Kalaulah acuannya buruk amat mustahil hasilnya menjadi baik. Tetapi dengan kuasa Allah apa yang Allah kehendaki, ia pasti akan berlaku.
Anak adalah anugerah dan amanah bagi ibu bapa. Dan anak-anak yang diberi didikan dan tunjuk ajar wajib berfikir dengan akal yang dianugerahkan oleh Allah hanya kepada manusia.
Berdoalah agar kita menjadi anak yang soleh dan member ketenangan kepada ibu bapa. Jauhilah diri dari menjadi anak yang sentiasa menyusah dan menyesakkan fikiran ibu bapa. Kalaulah ada perkara yang menyusahkan hati mereka itu bukanlah berlaku dengan niat sengaja.
