Sunday, September 25, 2011

Kepada: Diriku Sendiri

Asalammualaikum diriku….

Semoga berada dalam limpahan rahmat kasih Allah.

Pandangan Allah adalah lebih utama. Carilah keredhaan Allah, wahai diriku. Bersabarlah dengan tohmahan manusia sekiranya Allah menghendaki dan mencintainya

Wahai diriku

Tabahkan hatimu dalam merempuh segala takdir. Itulah curahan kasih sayang Allah. Sekiranya kau bersabar kau akan menang. Tundukkanlah segala duri yang terpacak di jalanmu dengan mengelaknya walaupun payah. Destinasinya tetap satu. Sekiranya kau berkeras dan protes kau akan cedera dan sakit.

Wahai diriku

Kau adalah manusia yang lemah serta serba kekurangan. Janganlah kau mengeluh dan berputus asa dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada orang lain, kerana nikmat Allah tidak terhitung di akalmu. Tidak terbalas dengan ibadatmu. Apatah lagi kamu adalah insane yang selalu membuat dosa. Ampuni aku TUHANKU